Raya bersama guru2 Ihsan

Saturday, September 26, 2009 / Posted by alumni al-ihsan / comments (2)

Alkisah ceritera jalan2 pergi beraya kita..maka dgn anggota yg xseberapa sempat jua kami singgah menziarahi beberapa guru lama kita di Ihsan..maka syahdu syahdan kami dapatlah singgah di 4 buah rumah cikgu...

1. USTAZAH SITI HAWA




seawal pagi kami bertolak ke rumah ustazah yg lama tidak bersua...sayugia diingatkan, ini kali pertama kami menziarahi beliau..bertempat di Indera Mahkota 5 kami berpusing2 dua kali mencari "Manzilur rahmah"..maka akhirnya bersua jua..kami suka nian berjumpa ustazah..macam2 cerita kami sampaikan, kami kongsikan..bertanya khabar ustazah jua, sihat alhamdulillah buat pengetahuan semua..2 jam juga kami di situ menjamu selera padahal masih banyak rumah untuk diziarahi..

2. USTAZ BAHARUDDIN SULAIMAN



apakah boleh kita lupakan seorang pengetua Ihsan yg sudah berjasa sungguh demi melihat kita berjaya jua PMR, SMA, SPM dahulu..kami ziarahi beliau bertempat di rumahnya di Seri Damai..maka seperti biasa masih terkenang2 segala anak murid yg datang...berceritalah kami seadanya bertanya khabar akan ustaz yg sudah bersara..menanam cendawan aktiviti terbarunya..selepas beberapa ketika, maka kami jua dijamu selera...

3. USTAZAH RUBIAH



maka rumah ustazah yg terletak di Lubuk Puyu persinggahan seterusnya..kami sampai hari makin senja, maka tidaklah kami mahu berlama2..sedangkan ustazah sedang berpuasa..ustazah kurang sihat kabarnya..beliau kata biasalah sakit orang tua..jangan lah kita lupa akan jasanya mengajar kita hadis pertama..Bun yal islamul ala khamsin...berdirinya Islam itu di atas 5 perkara..masihkah kalian ingat??

4. USTAZAH PESAH




bertempat di Permatang Badak kami gigih menziarahi walaupun malam makin larut pekatnya..bercerita sakanlah kami seperti biasa..ustzah masih di Ihsan mengajar PSI..kami tidaklah berlama2 di sana kerana malam berlalu serasa begitu cepat...

inilah sahaja nukilan konvoi raya 2009..harapannya kita dapat beraya lebih banyak rumah cikgu2 di masa akan datang..tataplah gambar2 ini pengubat rindu kepada cikgu2 kita...maka saya mohon berundur diri..atau bahasa sopannya.."beransur dulu ye"...bagi yang tahu makna dialog di atas pastikan tahu lawaknya..haha...sekian..

Minal Aidil Wal Faizin

Saturday, September 19, 2009 / Posted by alumni al-ihsan / comments (0)



SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI buat semua warga Al-Ihsan tak kira bekas pelajar mahupun guru2...

Moga lebaran nanti membawa seribu kebahagiaan kepada kita semua..Sebulan berpuasa dan beramal soleh, kini masanya untuk meraikan kemenangan..

Teruskan segala amalan di bulan2 mendatang...Moga kita istiqamah menjalani kehidupan sebagai hamba-Nya yg soleh/solehah...

Dari pihak moderator blog alumniihsan, maaf dipohon andai ada kesilapan mahupun tulisan yang boleh menyinggung sesiapa...

Jangan lupa kita ramai2 memeriahkan kenduri kawan2 kita pada raya ke-7..jumpa di sana ya..boleh jadi Mini Reunion sebelum kita berkumpul kembali pada tahun 2013..

Jemputan walimah Siti Hamiyah

Monday, August 31, 2009 / Posted by alumni al-ihsan / comments (0)



Memang la skrg ni musim kahwen la...baru je dapat info terkini, seorang lagi kawan kita bakal melangsungkan perkahwinan bulan september nanti...yang best hari yg sama pulak tuh dgn kenduri Azlan-Hanani..so, kena pandai la bajet nak pi 2 kenduri ni...

Yang dimaksudkan ialah Siti Hamiyah dari kelas 5 Ibnu Khaldun...berikut butiran kenduri dia:

KENDURI SITI HAMIYAH

TARIKH: 26 SEPTEMBER 2009
ALAMAT: NO. 2, JALAN BESAR, FELDA LEPAR HILIR 3, 26300, GAMBANG, PAHANG


Semua dijemput hadir tau...Selamat pengantin baru Hamiyah dari alumniihsan...

Jemputan walimah Azlan-Hanani

Friday, August 28, 2009 / Posted by alumni al-ihsan / comments (0)



Warga Ihsan semua..kawan kita Azlan-Hanani akan melangsungkan walimah mereka lepas raya nanti...berikut butiran kenduri mereka:

RUMAH HANANI (26/9/2009)
13/209 kg. Jeram, Beserah,
26100 Kuantan



RUMAH AZLAN (27/9/2009)
51-032 jln Keranji 2, Desa
Keranji, 26700 Muadzam Shah


Maka anda semua dijemput hadir memeriahkan majlis mereka...datanglah
yang mana korang free okay...

Sila contact mereka berdua dan bagi alamat anda jika anda perlukan kad jemputan utk mengetahui lokasi rumah mereka...

Diharapkan bersama2lah kita memeriahkan majlis Azlan-Hanani ini dan jadikan ia medan bertemu di bulan Syawal...ok...see u there....

P/s: Sila rujuk Group SMAI 99-03 di Friendster untuk jemputan rasmi mereka...

Ramadhan menjelma, kabar dari surau Ihsan

Sunday, August 23, 2009 / Posted by alumni al-ihsan / comments (0)



Selamat berpuasa buat semua warga Ihsan di mana jua anda berada..yang berada di Mesir sihatkah???sama ke korang puasa start sabtu??

Buat pengetahun semua..mulai Jumaat 4 September 2009, surau Ihsan akan ada solat Jumaat..mungkin nak menampung jemaah kg Selamat yg masih menunggu pembinaan masjid baru yg sedang rancak dijalankan....

Surau yg mungkin nostalgia bagi kita semua, kini akan dikongsi dgn masyarakat luar..ada khutbah buat pertama kalinya..

Direnjis-renjis 4: Walimah Pedas

Tuesday, August 11, 2009 / Posted by alumni al-ihsan / comments (3)

Ahad lepas 9 August 2009, seorang lagi kawan kita Firdaus a.k.a Pedas telah selamat melangsungkan walimahnya...Ada beberapa org kawan kita yg telah pergi memeriahkan kenduri dia..berikut 2 gambar yg sempat diambil..kredit utk Amirullah..kalau ada gambar baru akan diupdate kemudian..



wah, meriah skrg ni..bakal ada beberapa org lagi yg bakal melangsungkan pernikahan..yg penting kalau nak hebah kat sini pon boley...just guna chat box kat sebelah..

Kompang dipalu pengantin malu

Saturday, July 11, 2009 / Posted by alumni al-ihsan / comments (0)

Bersua kembali ye..setelah sepurnama menghilang kini ada juga update baru..jgn risau takdenyer blog ni nak ditutup terus..bagi yg tak sempat pergi ke walimah Siti Mariam Mazlan ari tuh, ni enjoy gambar2 majlis ek..bagi yg nak kawen dlm masa terdekat, sila email la details..kita pukul canang kat sini..














KORANG BILA LAGI???????

KREDIT GAMBAR: PENGANTIN LA, SITI MARIAM..MORE PIX @ HER FS PAGE...TQ..

Related Posts with Thumbnails