Sy pun nak lapor jgk..haha.

Sunday, November 30, 2008 / Posted by alumni al-ihsan / comments (2)

alaa..bru je bukak tetibe dah terupdate rupenye blog ni selepas 4 minggu..tp xpelah kot eh.kire ni 2nd version laa..penat taip td nie..so..

Assalamulaikum..

Semalam,29-11-08, Kuantan. Batch 2003 Sek Men A Al-Ihsan telah pun mengadakan satu lawatan ke pantai Teluk Cempedak (TC ) dan mengadakan satu program yg diberi nama ‘REUNION’ (hehe). Seramai 34 org x-student sekolah tersebut telah datang dgn harapan yg berkobar2 utk berjmpe ngn rakan2 yg dulunye penah bersama sama berjuang untuk mendapatkan A dlm exam..(belajar). Malangnye sket je yg dtg.

Arakian, (ahaks) dicakap start kul 9 tapi cam beser la kan..sme x reti tgk jam (especially dak laki) so dlm kul 10.30 ktorg pun jalan2 nek jmbatan kayu tu smpai la kat area pantai yg mcm isolated sket tu..smp2 je xtau nak duduk mana…(huhu) last2 duk atas pasir smbil membuat satu bentuk hampir2 menyerupai satu bulatan..after that, program manager Mr.Hendy Al-Putra pun membuka majlis dgn tasbih kafarah..ups..dgn al-fatihah dan memberi report reunion last2 year..yakni yg 1st skali yg kite wat kat Hotel Vistana tu. Namun saat sy, Sakinah bt Abd Aziz dan rakan, Puan Jannah Mohd Mail meneliti report tersebut adalah satu ayat yg menyentuh perasaan..(rs nk nangess nie..iskk..) gini la la lebih krg bunyik nya:

‘duit belanja reunion tu x cukup jadi encik Hendy terpaksa guna duit sendri bersama2 dgn duit daddynya atau lebih dikenali sbg tokei besar syarikat ONGOING Maju’ àlari terus dr ayat asal.mintak maap.

Ktorg xtau pun hal ni dan pd ms yg sama rase sgt bersalah dgn encik nd.student lain pun sama.(agaknya)

Ok..pastu sessi ta`aruf yg dimulakan oleh Miss Rosa..pada masa yg sama cekedis Cheesel pun di rotate2 mengiringi sesi taaruf stiap student. Pastu hr pun jadi panas and ktorg pun bgun dan duduk di tempat yg lebih teduh. (korang: ni pun nak bitau ke?)Ekceli pmpuan je yg duduk laki sme berdiri utk memberitahu bahawa diorg tu gentleman (konon2). After that Mr.Hasnul Al-Hanif pun berucap dan mencadangkan penubuhan alumni yg formal dan berdaftar dgn harapan utk mendapatkan lebih budget utk reunion2 yg akan menyusul. Usul ini disetujui (betul ke ayat nie?) oleh sme students. Pastu pengumuman psl blog ini yg seterusnya membawa kepada sbb kenapa sy menulis di blog alumni ihsan nie.

Pastu..sepatutnye kate Mr.Hendy Al-Putra ktorg ade game yg disediakan oleh Miss Rokiah..but unfortunately Miss Rokiah x dpt hadir. Sbb tidak pula dinyatakan.klu ade dinyatakan pun mgkin sy dah x igt. Sbb xde game ktorg pun amekla gambar.ni la moment yg paling best skali dan ditunggu2 oleh sme students utk di upload kan kat Friendster mahupun Facebook diorg. Contoh terbaik adalah penulis sendri. Amek gambar mmg best..oh..before that..Mr.Syed Askar dtg lambat so beliau pun introduce diri sendri dan dgn x malunye mengumumkan bahawa beliau skrg sedang mencari jodoh. Siapa yg berminat boleh lah menghubungi beliau.

Pastu ktorg pegi mkn kat McD. Some students mkn kat KFC. Mr.Hendy dgn kawan2 beliau kate nak makan nasik kat Taman Gelora.xtau la diorg g ke tak. Pas ktorg dah siap makan, ktorg pun salam2 n cium2 (dikalangan perempuan shj) dan bersurai bersama2 dgn doa semoga jumpa lagi.ucapan terima kasih yg x terhingga kpd Mr. Hendy dan rakan2 yg telah berusaha utk menjadikan reunion ni satu realiti dan surely ianya akan kekal sbg pengalaman manis dlm ingatan kami semua (yg hadir shj).

Sekian laporan reunion x rasmi dr sy. Sakinah bt. Abd Aziz, blogger x bertauliah. Sori klu de ayat2 yg menyinggung perasaan. Sumenye itu adalah gurauan semata2. I welcome any comment on how I shud write in the future. Mr.Hendy soh sy tulis tazkirah..insya Allah..nnt sy cut and paste.hihi

Sekian,Tenkiu everibadi.

gambar2 boleh tgk kat bawah..hehe


Saya melaporkan dari TC 29 Nov 08

Sunday, November 30, 2008 / Posted by alumni al-ihsan / comments (0)

seperti dicanang2 seluruh pelosok kampong dan kota..reunion kali ke-2 dgn jayanya berlangsung di TC semalam (29 Nov 08)..34 org semuanya yg sudi menjejakkan kaki di Tc kali ini bermatlamatkan satu agenda-lama siot tak jumpe kawan2, ni jelah masa nak bertanya khabar..9-10 pagi adalah sesi ku-menunggu-batang-hidungmu-yang-tak-kelihatan..huhu..actually, kaum hawa paling on time..ni tgk gambar di atas..pukul 9 pagi cik berdua nih dah ade kat TC..gempak lah..pukul 10.15 baru kami gerak ke Telok Tongkang melalui jambtan kayu utk meneruskan acara di sana..

cepat2..Bun nak amek gambar..posing baik2..buat2 dengar je ape lah depa dok mengarut nih..huhu..

kaum hawa duduk mendengar penerangan Hasnul umpama rombongan cik Kiah ke Sukan Komanwel yg sabar menanti bas yg tak kunjung tiba..huhu..


khusyuk mendengar Taaruf diri..kenalah bukak mulut walaupun hatiku berat..huhu..

sesi beramah mesra dengan setiap orang mengambil kesempatan ini utk bercerita ttg perkembangan diri memasing..duduk atas pasir pon jadilah la ek..


ini overall 34 yg datang campur Bun yg amek gambar..best la lagi seorang je nak cukup target 35 orang..ala halal berhalal je lah..kira sukses gak la...susunan gambar ni agak cantik..mcm posing kat tapak perhimpunan utk majalah Nur Ihsan pulak..

22 orang beb kaum hawa yg hadir..wahh gitu..semangat dorang nih..cayalah..sepatotnya ade lagi ramai dak Ihsan nih..ni baru sket..kalau semua datang kang ada yg kene panjang pokok belakang tuh nak muatkan dlm gambar..huhu..


ini hanya sebahagian kaum hawa yg tinggal..ada yg nak balik..konsep mungkin agak bersepah tapi ini menggambarkan realiti kehidupan di mana kami semua membawa hala tuju kehidupan memasing..walaupun di mana jua kami berada, teman2 sentiasa di hati..chee wahh...


ini kaum2 adam yg hadir..Bun yg amek gambar nih..so credit utk beliau..dari kiri anda..Muhai, Habib, Syed, Duang, Nd, Hazwan, Hasnul, Lan, Azrol, Afiq, n Shahmi..bertenggek di atas batu posing2 macho la konon..

masih lagi riang sambil makan sambil berborak..ye lah..lama tak jumpe katakan..masa nilah nak tanya khabar memasing...

acara paling dinanti..makan2 McD bersama kawan2..malangnya kaum Adam lebih memilih nasi, jadi kami bergerak menuju Taman Gelora seusai acara...


selamat tinggal TC..di sini terakam memori indah pertemuan semula kami bekas pelajar2 Ihsan 2003..samapi jumpa 5 tahun akan datang.....2013.....moga panjang umur murah rezeki jumpe lagi... ADIOS..

Reunion 29/11/08

Wednesday, October 29, 2008 / Posted by alumni al-ihsan / comments (0)

siapakah mereka2 ini 5 tahun yg lalu???




masihkah teringat olehmu senyuman2 ini???







masih terbayang wajah2 ini????







masihkah kau ingat bangunan ini???







rindukah engkau melepak di sini???







jika anda menjawab YA utk semua soalan di atas, maka pengumuman ini utk anda..



Dengan ini dimaklumkan, atas permintaan beberapa pihak, maka Reunion kali ke-2 ditukar tarikh kepada berikut:




TARIKH: 29 NOVEMBER 2008 (SABTU)

TEMPAT: TELOK CHEMPEDAK

WAKTU: 9 PG-12 TGH HARI


BAYARAN: TANGGUNG SENDIRI SEMUA



****tolong sebarkan pertukaran tarikh ini****
### credit gambar2 di atas Encik Atan moderator Group SMAI 99-03@friendster.com.###

SALAM EID MUBARAK!!

Thursday, October 09, 2008 / Posted by alumni al-ihsan / comments (0)


SALAM BUAT TEMAN-TEMAN SEMUA..
JOM RAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN RE-UNION KE-2 BATCH 2003!
MAKLUMAT LANJUT SEPERTI BERIKUT :
TEMPAT : PANTAI TELOK CEMPEDAK
TARIKH : 23 NOV 2003
*DATANG SENDIRI..BELANJA PUN DIRI SENDIRI OK!.
HARAP MAKLUM...

TaZkiRaH 1 : Fadhilat Ramadhan.

Wednesday, September 24, 2008 / Posted by alumni al-ihsan / comments (0)



Setiap muslim dan muslimat yang benar-benar beriman kepada janji-janji Allah dan Rasulnya pasti bergembira menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak pada setiap tahun.Begitu juga dengan tahun ini di mana kita sekali lagi diberi kesempatan oleh Allah Subhanahua taala menyambut dan meraikan ketibaan bulan Ramadhan yang penuh rahmat dan pahala, dengan kegembiraan serta iman taqwa yang teguh.
Hanya mereka yang lemah iman sahaja yang merasa cemas dan risau dengan kunjungan Ramadhan. Begitu juga dengan mereka yang tidak mengenali fadhilat atau keberkatannya. Tetapi bagi orang yang dapat memahami fadhilatnya akan menunggu dengan jiwa kesyukuran seperti yang dijelaskan oleh baginda Rasullullah S.A.W melalui hadisnya yang bererti "Sekiranya umatku mengetahui kemulian dalam bulan Ramadhan, nescaya mereka akan mengharapkan kedatangan Ramadhan itu di sepanjang tahun". Keistimewaan Ramadhan akan lebih ketara lagi jika ia dibandingkan dengan sebelas bulan yang lain. Walaupun semua bulan mempunyai kelebihan, namun kelebihan Ramadhan tetap tidak dapat ditandingi.
Hal ini ditegaskan oleh nabi kita Muhammad S.A.W dengan sabdanya yang bererti "Bulan Ramadhan adalah penghulu kepada bulan-bulan yang lain".Terdapat banyak hadis yang menerangkan keagungan Ramadhan Al-Mubarak, diantaranya sabda Rasullullah S.A.W, Ertinya "Apabila menjelang bulan Ramadhan, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutupkan pintu neraka dan dibelenggu segala iblis dan syaitan". Hadis di atas ini memberi pengertian bahawa bulan Ramadhan adalah bulan keemasan untuk umat Islam meningkatkan amal ibadah serta memantapkan iman dan membersihkan diri dari kerja-kerja maksiat yang didorong oleh hawa nafsu atau godaan syaitan.
Di dalam bulan yang suci inilah sepatutnya mereka melakukan hisab atau muhasabah diri di atas kerja-kerja yang telah dilalui dan akan dihadapi sama ada yang bermanfaat atau sebaliknya.Para ulama menjelaskan, Ramadhan adalah bulan yang menjanjikan sebaik-baik balasan kepada mereka yang berbuat amal soleh sama ada di awal, pertengahan ataupun di akhirnya. Sebaliknya mereka yang malas dan yang terus melakukan perbuatan-perbuatan maksiat dan dosa, atau memandang bulan Ramadhan itu sama seperti bulan-bulan yang lain, bukan sahaja mereka tidak dapat pahala yang dijanjikan malahan akan menerima azab akibat dari kejahatan yang boleh menjatuhkan kesucian Ramadhan dan keluhuran akhlak umat Islam seluruhnya.
Ramadhan adalah semulia-mulia bulan, berbagai-bagai kejadian atau peristiwa berlaku di dalamnya, yang menjadikan tarafnya lebih agong dan lebih berkat, di antaranya : Pertama, perintah Allah Subhanahua taala ke atas kaum muslimin untuk mengerjakan puasa, firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah Ayat 183 yang bermaksud : "Wahai mereka yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa seperti yang diwajibkan ke atas mereka yang sebelum dari kamu, mudah-mudahan dengan berpuasa itu kamu akan terpelihara dan bertaqwa".
Tidak syak lagi, perintah mengerjakan puasa yang menjadi rukun Islam ketiga dalam bulan yang mulia ini menjadikan ia lebih agong dari yang lain.
Kedua, mula turunnya kitab suci Al-Quran dari ayat pertama hingga kelima dari surah Al-¥Alak iaitu tanggal 17 haribulan. Firman Allah Subhanahua taala dalam Surah Al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud : "Didalam bulan Ramadhan ini diturunkan di dalamnya kitab Al-Quran yang menjadi hadiah kepada umat manusia dan membezakan antara yang hak dan bathil".
Ketiga, dalam bulan Ramadhan ini juga umat Islam diwajibkan membayar zakat fitrah atau zakat badan serta zakat harta benda ke atas mereka yang mencukupi syaratnya. Kefardhuan zakat fitrah di bulan Ramadhan ini menggambarkan betapa eratnya hubungan puasa dengan zakat. Kedua-duanya wajib dikerjakan dengan sempurna. Maka tidak sempurna agama seseorang itu jika hanya melakukan salah satu daripadanya. Hal ini dijelaskan oleh baginda Rasullullah S.A.W melalui hadisnya, yang bermaksud "Pahala puasa Ramadhan tergantung-gantung di antara langit dengan bumi, ia tidak terangkat ke langit kecuali dengan zakat fitrah".
Keempat, di sepanjang bulan Ramadhan yang penuh rahmat ini, Allah Subhanahua taala menghadiahkan kepada umat Islam satu malam yang pahala atau keberkatannya seribu bulan, yang dinamakan Lailatulqadar. Kerana itu, maka menjadi kewajipan ke atas setiap muslim dan muslimat berusaha untuk mendapatkan keagongannya. Iaitu memperbanyakkan zikrullah, bertakbir, bertahlil, berdoa dan lain-lain ibadah yang dituntut dalam Al-Quran dan sunah Rasul. Nabi Muhammad S.A.W menggalakkan umatnya beribadah pada malam tersebut dengan menghampirkan diri kepada Allah Subhanahua taala melalui majlis Qiamullail, beristighfar dan bertadarrus Al-Quran di sepanjang malam pengampunan dosa ini. Janganlah ada orang Islam yang memandang kelebihan malam LailatulQadar sama seperti malam-malam yang lain.
Dipandang dari sudut mana sekalipun, ibadat puasa perlu dilakukan oleh manusia. Agama Islam yang, mengutamakan kesejahteraan umatnya dari segi rohani dan jasmani, tidak menyuruh mereka melakukan ibadat agong ini sekiranya ia tidak mendatangkan manfaat kepada mereka. Maka di antara sebab ibadah ini diwajibkan ialah :
1) Meningkatkan taqwa dan iman manusia dengan melaksanakan suruhan Al-Khaliq secara ikhlas sebagai melahirkan kesyukuran terhadapnya
2) Melahirkan sifat mulia dan jiwa murni dan bersimpati terhadap penderitaan yang dihadapi oleh fakir miskin dan yang menderita
3) Menguji kesabaran dalam menghadapi kelazatan makan dan minum, keinginan nafsu jantina atau godaan yang ditegah oleh syarak
4) Melatih diri untuk terus berjihad bagi meninggikan syiar Islam disamping menjaga maruah dan keselamatan diri serta membersihkan jiwa dari sifat-sifat tamak, gelojoh dan sifat-sifat mazmumah yang lain.
Bagi memastikan perlaksanaan rukun Islam ketiga ini diterima Allah serta mendapat keredhaannya, ia hendaklah dilakukan mengikut syarat-syarat atau rukun dengan sempurna, berniat ikhlas, berdisplin dan tidak melakukan perbuatan-perbuatan yang boleh membatalkan puasa dan menghilangkan pahalanya.
Ini disebabkan tujuan berpuasa bukanlah menahan diri dari makan dan minum sahaja tetapi menahan semua anggota dari melakukan kerja-kerja yang tidak berakhlak atau yang dilarang oleh agama. Dalam hal ini kita harus gerun dengan hadis Rasullullah S.A.W yang bererti "Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi tidak mendapat apa-apa balasan dari puasa melainkan lapar dan dahaga".Mengambil sempena keagongan Ramadhan, marilah kita meletakkan azam untuk menaikkan maruah dan sahsiah dengan menambah iman taqwa kepada Allah, sekurang-kurangnya dengan berpuasa pada siang hari dan bersalawat tarawih pada malam harinya. Orang yang menghormati tuntutan Ramadhan bererti memuliakan dirinya dan mencemari Ramadhan bererti ia menjatuhkan harga dirinya sendiri.
Sekian.tazkirah Ramadhan.

iFTar WarGa Ehsan..

Wednesday, September 24, 2008 / Posted by alumni al-ihsan / comments (0)



Tanggal 24 September lalu, suatu pertemuan sesama warga Ihsan telah diadakan di HS LR17. Majlis berbuka puasa tersebut dibuat secara ringkas. Di mulai dengan bacaan mathurat dan diikuti sesi taaruf. Antara yang hadir termasuklah Hasnul Haniff, Hafiza, Ika, Farah Huwaida, Sharifah Rokiah (batch SPM 2003), Abdul Aziz (batch SPM 2004) dan Nurul Shuhadah (batch SPM 2005). Dukacita dirasakan bilamana ramai warga Ihsan yang lain tidak dapat hadir atas beberapa kekangan yang lain. Namun, pertemuan kecil tersebut diharapkan dapat memberi manfaat untuk langkah besar yang seterusnya. Idea awal untuk menubuhkan "Alumni" Ihsan diharapkan mendapat sokongan dan dorongan dari semua. Sebarang idea dan cadangan, sila kemukakan di laman sembang dalam blog ini. Akhirnya, dikesempatan yang ada ini, saya mewakili warga Ihsan yang lain, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Jangan sakan sangat beraye tu yeee…exam dah dekat! Hehe.Wassalam.

SALAM TAARUF...

Monday, September 22, 2008 / Posted by alumni al-ihsan / comments (0)









ASSALAMUA'LAIKUM..


SALAM PERKENALAN BUAT SELURUH WARGA AL-IHSAN SEKALIAN...


BERSEMPENA DENGAN BULAN MULIA..


BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK..


TEMAN-TEMAN DARI BATCH SPM 2003 TELAH MEMBUAT INISIATIF UNTUK MENGGERAKKAN KEMBALI ALUMNI AL-IHSAN..


PERJUMPAAN WARGA AL-IHSAN PADA MAJLIS BERBUKA PUASA BERTEMPAT DI UIA, GOMBAK PADA 24 SEPTEMBER 2008 DIHARAPKAN DAPAT MEMBERI SINAR BARU KEPADA ALUMNI YANG BAKAL DIBENTUK INI.


SEGALA PERBINCANGAN DAN MAKLUMAT..MUDAH-MUDAHAN DAPAT DIMANFAATKAN MENERUSI BLOG INI..


AKHIRNYA, SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT SATU SYAWAL YANG BAKAL MENJELANG..MAAF ZAHIR DAN BATIN.


KULLU A'M WA ANTUM BIKHAIR..


WASSALAM...

Related Posts with Thumbnails