Alkisah kenduri-kendara

Sunday, September 27, 2009 / Posted by alumni al-ihsan / comments (0)

Sabtu 26 September 2009, kami berkonvoi 7 buah kereta dari Kuantan ke Lepar Hilir 3 untuk meraikan perkahwinan sahabat kita Siti Hamiah Zakariah dan pasangannya Wan Shahrul Nahar...sampai di rumah pengantin, kelihatan konvoi Temerloh yang agak ramai, jadi kami bergabung dengan mereka menjamu hidangan...semasa mahu bergerak ke Beserah, terserempak dengan Fatin, Rokiah and the geng baru sampai..berselisih pula kita..







Jam 2 petang, kami tiba di rumah Hanani di Beserah...wah, sudah ramai kawan2 yang tiba..meriah sungguh bertemu muka...maka kenduri sudah bertukar menjadi Reunion...seronok jugak sebab datang serentak...mana2 yang datang n balik lebih awal rugi sket r...setelah berfoto dengan pengantin kami pon beransur pulang..












dari meja pengarang..SELAMAT PENGANTIN BARU HAMIAH, AZLAN & HANANI...

* Gambar Hamiah, kredit untuk Husna dan Azmin di Facebook masing2..

Raya bersama guru2 Ihsan

Saturday, September 26, 2009 / Posted by alumni al-ihsan / comments (2)

Alkisah ceritera jalan2 pergi beraya kita..maka dgn anggota yg xseberapa sempat jua kami singgah menziarahi beberapa guru lama kita di Ihsan..maka syahdu syahdan kami dapatlah singgah di 4 buah rumah cikgu...

1. USTAZAH SITI HAWA




seawal pagi kami bertolak ke rumah ustazah yg lama tidak bersua...sayugia diingatkan, ini kali pertama kami menziarahi beliau..bertempat di Indera Mahkota 5 kami berpusing2 dua kali mencari "Manzilur rahmah"..maka akhirnya bersua jua..kami suka nian berjumpa ustazah..macam2 cerita kami sampaikan, kami kongsikan..bertanya khabar ustazah jua, sihat alhamdulillah buat pengetahuan semua..2 jam juga kami di situ menjamu selera padahal masih banyak rumah untuk diziarahi..

2. USTAZ BAHARUDDIN SULAIMAN



apakah boleh kita lupakan seorang pengetua Ihsan yg sudah berjasa sungguh demi melihat kita berjaya jua PMR, SMA, SPM dahulu..kami ziarahi beliau bertempat di rumahnya di Seri Damai..maka seperti biasa masih terkenang2 segala anak murid yg datang...berceritalah kami seadanya bertanya khabar akan ustaz yg sudah bersara..menanam cendawan aktiviti terbarunya..selepas beberapa ketika, maka kami jua dijamu selera...

3. USTAZAH RUBIAH



maka rumah ustazah yg terletak di Lubuk Puyu persinggahan seterusnya..kami sampai hari makin senja, maka tidaklah kami mahu berlama2..sedangkan ustazah sedang berpuasa..ustazah kurang sihat kabarnya..beliau kata biasalah sakit orang tua..jangan lah kita lupa akan jasanya mengajar kita hadis pertama..Bun yal islamul ala khamsin...berdirinya Islam itu di atas 5 perkara..masihkah kalian ingat??

4. USTAZAH PESAH




bertempat di Permatang Badak kami gigih menziarahi walaupun malam makin larut pekatnya..bercerita sakanlah kami seperti biasa..ustzah masih di Ihsan mengajar PSI..kami tidaklah berlama2 di sana kerana malam berlalu serasa begitu cepat...

inilah sahaja nukilan konvoi raya 2009..harapannya kita dapat beraya lebih banyak rumah cikgu2 di masa akan datang..tataplah gambar2 ini pengubat rindu kepada cikgu2 kita...maka saya mohon berundur diri..atau bahasa sopannya.."beransur dulu ye"...bagi yang tahu makna dialog di atas pastikan tahu lawaknya..haha...sekian..

Minal Aidil Wal Faizin

Saturday, September 19, 2009 / Posted by alumni al-ihsan / comments (0)



SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI buat semua warga Al-Ihsan tak kira bekas pelajar mahupun guru2...

Moga lebaran nanti membawa seribu kebahagiaan kepada kita semua..Sebulan berpuasa dan beramal soleh, kini masanya untuk meraikan kemenangan..

Teruskan segala amalan di bulan2 mendatang...Moga kita istiqamah menjalani kehidupan sebagai hamba-Nya yg soleh/solehah...

Dari pihak moderator blog alumniihsan, maaf dipohon andai ada kesilapan mahupun tulisan yang boleh menyinggung sesiapa...

Jangan lupa kita ramai2 memeriahkan kenduri kawan2 kita pada raya ke-7..jumpa di sana ya..boleh jadi Mini Reunion sebelum kita berkumpul kembali pada tahun 2013..

Related Posts with Thumbnails