iFTar WarGa Ehsan..

Wednesday, September 24, 2008 / Posted by alumni al-ihsan /



Tanggal 24 September lalu, suatu pertemuan sesama warga Ihsan telah diadakan di HS LR17. Majlis berbuka puasa tersebut dibuat secara ringkas. Di mulai dengan bacaan mathurat dan diikuti sesi taaruf. Antara yang hadir termasuklah Hasnul Haniff, Hafiza, Ika, Farah Huwaida, Sharifah Rokiah (batch SPM 2003), Abdul Aziz (batch SPM 2004) dan Nurul Shuhadah (batch SPM 2005). Dukacita dirasakan bilamana ramai warga Ihsan yang lain tidak dapat hadir atas beberapa kekangan yang lain. Namun, pertemuan kecil tersebut diharapkan dapat memberi manfaat untuk langkah besar yang seterusnya. Idea awal untuk menubuhkan "Alumni" Ihsan diharapkan mendapat sokongan dan dorongan dari semua. Sebarang idea dan cadangan, sila kemukakan di laman sembang dalam blog ini. Akhirnya, dikesempatan yang ada ini, saya mewakili warga Ihsan yang lain, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Jangan sakan sangat beraye tu yeee…exam dah dekat! Hehe.Wassalam.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails