Wajah-wajah SMAI 5: Dewan B

Saturday, March 28, 2009 / Posted by alumni al-ihsan / comments (11)



Inilah Dewan B yg penuh bersejarah..kat sini la mcm2 aktiviti penting berlaku..Periksa PMR, SMA, & SPM..semua dgn perasaan penuh debaran menjawab soalan dgn tekun di sini..di sebelah dewan ni dulu ada asrama laki bilik Ibnu Sina kalau tak silap..n ada pejabat lama dan dewan mesyuarat..merasala kalau korang jadi pengawas mesyuarat dlm tuh..

Cantik kan lantai dah pasang tile..tak mcm kita dulu..oh ye..sapa2 yg pernah naik pentas ambek hadiah mesti ingat kan perasaan bangga korang bila dipanggil naik..dub dab gitu..lagi satu dewan ni jugak saksi salam perpisahan atas persaraan beberapa guru kita mcm Ustaz Mat Nihad, Ustazah Rubiah, Cikgu Pa, Cikgu Fatimah Zainiyyah, Ustazah Siti Hawa, etc..yg berpindah pun ada kan mcm Cikgu Geografi tu sape ek nama dia..tak ingat pulak..

Apa kata Reunion kali ke-3 kita wat kat dewan ni..buat ala2 majlis tari menari bwak pasangan suami/ isteri masing..meriah kita joget lambak lantas dihalau oleh Mudir baru..haha..melawak je lah..Tapi korang rasa apa yg sesuai ek acara kita wat kat dewan ni????Sila bagi komen ye..TQ.

Wajah-wajah SMAI 4: Papan Peringatan

Monday, March 16, 2009 / Posted by alumni al-ihsan / comments (0)







Sekilas Info 4: Rahsia Senyuman

Tuesday, March 10, 2009 / Posted by alumni al-ihsan / comments (0)


1. Senyum dan ketawa adalah senaman berbentuk jogging dalaman yg sangat berguna.
2. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira.
3. Senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Apabila darah yg 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian otak yang mengawal suhu badan dan emosi),ia menghasilkan kesan gembira.
4. Apabila kita tersenyum, hanya 17 otot muka digunakan berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dlm tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit.



6. Kanak2 lebih banyak ketawa berbanding orang dewasa. Kanak2 seusia 4-6 tahun ketawa 400 kali sehari berbanding 15 kali sehari oleh org dewasa.

7. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dlm badan akan bertambah selaras dgn pertambahan Gamma-interferon, sel T dan sel B.

8. Senyuman yg diakhiri dgn ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis, dan ulser.

SUMBER: SINAR HARIAN

OLEH ITU KAWAN2..SENYUMLAH KITA SELALU..SENYUM SOKMO..SELAMAT BERAMAL..

Wajah-wajah SMAI 3: Asrama lama Aspura

Monday, March 02, 2009 / Posted by alumni al-ihsan / comments (3)

Hari tuh ada yang tanya asrama aspura dulu wujud lagi ke tak..wujud lagi, jangan risau, cuma sekarang hak milik pelajar perempuan..mesti banyak memori terindah korang kat sini kan..mai la sembang kat comment ye..enjoy d pix!

Wajah-wajah SMAI 2: Makmal Lama

Thursday, February 26, 2009 / Posted by alumni al-ihsan / comments (5)

Tara..kat belakang bangunan makmal lama yg terbiar dulu sekrang dah ada deretan sinki baru berwarna biru..bangunan ni dah diubah suai menjadi tempat rehat..yelah..kan kantin kita kecik..mana muat semua org nak makan kat kantin..

Bahagian depan pun cantik kan..dah tukar cat biru beserta tingkap gelap yg baru..wah..sgt la berubah jadinya..dari makmal usang kini menjadi tempat adik2 kita menjamu sarapan..

Wajah-Wajah SMAI 1: Dewan (updated)

Monday, February 23, 2009 / Posted by alumni al-ihsan / comments (4)

Ni jalan bertar dari jalan utama merentas tapak rumah Cikgu Amidi dulu..jala ni straight ke Dewan baru..

Pandangan hadapan dewan yg sudah siap..Besar jugak kan..

Pandangan tepi..saje je nak tunjuk ngan korang..

Pandangan dari koridor bangunan Sains..sungguh mengujakan ada dewan sebegini besar..

Jeng3..anda mahu tahu warna apa dlm dewan ni..kat main lobby tu pink lagi..meneruskan tradisi cat2 yang striking lagi menerang sukma..yang dalam tuh hijau daun pisang..boleh la..kan hijau baik untuk mata..student nak exam takdelah tension sgt..bravo2..




remember when u laugh =)

Thursday, February 19, 2009 / Posted by alumni al-ihsan / comments (0)


Menonton pelawak beraksi di atas pentas atau di kaca TV kita pon ketawa berdekah-dekah. "KEH KEH KEH KAH KAH"

Mayat yang terbujur kaku dalam rumah, orang2 yang berziarah duduk2 bersembang di luar dan terburailah gelak ketawa mereka bila tersentuh yang lucu dan mencuit hati. "KEH KEH KEH KAH KAH KAH"

Di dalam masjid pon, orang2 boleh ketawa. Bercerita di beranda masjid sambil hisap rokok bersantai2 menunggu waktu antara Maghrib dan Isyak. dan sedang mengadap Quran pun orang boleh gelak lagi. Bilal sedang mengalunkan azan pun org ketawa. Syaitan membisikkan "ketawalah kuat2 dan mengilai2 lagi gamat" "KAH KAH KAH KEH KEH KEH"
Tapi bila kita menangis? Pada detik kita lahir dari perut ibu diiringi dengan tangisan. Kerana apa menangis? Syaitan benci melihat manusia menangis. Syaithan mahu ketawa sepanjang masa. Ha "ah, itu kawanku," kata syaitan. Ya, org bebas ketawa girang gembira. "ketawa tu nikmat, laugh is the best medicine, omputih kata", kata sorang hamba Allah. "KEH KEH KEH"
Tak pernah ke kita nak menghayati sabda Rasulullah, idola manusia sepanjang zaman? sabda baginda yang bermaksud: "Diharamkan api neraka untuk membakar mata yang pernah menangis kerana merasa hebat kepada Allah. Diharamkan api neraka membakar mata yang pernah berjaga-jaga dalam perang sabil, dan diharamkan api neraka untuk membakar mata yang pernah dipejamkan dari hal2 yang diharamkan oleh Allah..".

Sabda Baginda lagi : "Banyak ketawa itu mematikan hati dan melalaikan daripada mengingati akhirat dan mempusakai marah dalam hati"."tertawa di dalam masjid itu menenggelamkan di dalam kubur dan mematikan hati dan melalaikan daripada menyebut nama Tuhan".

Daripaa Hassan Basri, tertawa itu ada 2 bahagian. satu bahagian, tertawa yang disukai Allah iaitu diberi pahala untuk org yang tertawa. Tertawa sayang yang disukai Allah ialah senyum seorang di hadapan saudaranya bertujuan untuk menyukakan hatinya. Dan tawa yang dimurkai Allah ialah tertawa kerana perkataan atau percakapan orang lain.

Kalau sahabat semua nak tau, Syaitan pun suka ketawa. Bila?Daripada Abu Hurairah r.a : Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: "Apabila menguap salah seorang kamu dalam sembahyang, maka hendaklah kamu menutup mulutnya sedapat mungkin dan jangan sampai mengatakan 'hah' kerana sesungguhnya yang demikian itu dari syaitan yang ketawa "KEH KEH KEH KAH KAH KAH KAH"

Related Posts with Thumbnails