Al- Fatihah buat Ustaz Ahmad Nihad

Sunday, May 24, 2009 / Posted by alumni al-ihsan / comments (1)


  • Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan roh orang2 yg beriman..
  • Al-Fatihah buat Ustaz Ahmad Nihad yg telah menghembuskan nafas terakhir semalam (22 Mei 2009) pukul 5 petang..
  • Buat bekas anak murid beliau yg belajar di Ihsan pada tahun 1999, beliau merupakan guru subjek Hafazan untuk Tingkatan 1 sebelum bersara pada tahun tersebut..

Walimah Siti Mariam Mazlan

Wednesday, May 13, 2009 / Posted by alumni al-ihsan / comments (0)



Korang semua dak2 Ihsan weh, ni nak bagitahu kawan kita Siti Mariam akan berkahwin tak lama lagi..Bagi yang berkesempatan tuh boleh la datang ke walimah beliau..kalau tak boleh, mari bersama kita mengucapkan Selamat Pengantin Baru di ruangan komen di bawah.Sekian.


WALIMAH SITI MARIAM MAZLAN


ALAMAT: LOT 1312 KAMPUNG PADANG TENGIR, MANIR, 21200 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN.


TARIKH: 7 JUN 2009


HARI: AHAD


MASA: 11 PAGI - 6 PETANG

Santai Info 6

Sunday, May 03, 2009 / Posted by alumni al-ihsan / comments (3)



1. Manusia mempunyai 600 otot tetapi ulat bulu ada lebih 4000 otot. Believe it?




2. Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud YA manakala mengangguk kepala bermaksud TIDAK.




3. Landak dilahirkan bogel dan duri di atasnya terdapat di bawah kulit dan akan bertunas dlm masa 36 jam.



4. Burung hantu mempunyai bola mata yg berbentuk tiub. Dalam keadaan itu burung tersebut tidak boleh menggerakkan matanya. untuk melihat sekeliling ia terpaksa menggerakkan keseluruhan kepalanya.


5. Burung kakak tua tidak boleh bercakap. Ia hanya suka mengajuk/ meniru bunyi siulan dan kata-kata.

Wajah-wajah SMAI 5: Carta Organisasi & Bilik Guru

Monday, April 20, 2009 / Posted by alumni al-ihsan / comments (0)

Lama tak update blog ni kan..masing2 sibuk dgn exam..Kali ni kita pi jelajah bilik guru..ni bilik guru lelaki di mana ada semua meja ustaz n cikgu lelaki ...mesti korang ada kenangan kat sini kan..mungkin kena rotan ngan Cikgu Amidi?haha..kalau sudi sila kongsi di ruangan komen..

Bilik guru perempuan ni yg belah kanan rasanya..ni bilik ni biasa kita masuk kalau nak hantar buku ke..kalau Ketua Kelas n Penolongnya biasa dtg waktu rehat nak bagi attendance kt guru kelas masing2..

Carta organisasi sekolah..macam gambar tak update pon.baynyak yg kosong..masa zaman kita takde rasanya carta ni..


Pandangan jarak jauh bilik guru perempuan belah kiri..dekat sebelah tangga lelaki..
P/s: Rindunya nak pi bilik guru balik kan..tapi kalau korang datang sekarang ni, soalan wajib yg akan ditanya guru2 kita-'Bila nak kawen?Ingat dtg nak bagi kad jemputan'..haha..so, guyz..ada berani?

Wajah-wajah SMAI 5: Dewan B

Saturday, March 28, 2009 / Posted by alumni al-ihsan / comments (11)



Inilah Dewan B yg penuh bersejarah..kat sini la mcm2 aktiviti penting berlaku..Periksa PMR, SMA, & SPM..semua dgn perasaan penuh debaran menjawab soalan dgn tekun di sini..di sebelah dewan ni dulu ada asrama laki bilik Ibnu Sina kalau tak silap..n ada pejabat lama dan dewan mesyuarat..merasala kalau korang jadi pengawas mesyuarat dlm tuh..

Cantik kan lantai dah pasang tile..tak mcm kita dulu..oh ye..sapa2 yg pernah naik pentas ambek hadiah mesti ingat kan perasaan bangga korang bila dipanggil naik..dub dab gitu..lagi satu dewan ni jugak saksi salam perpisahan atas persaraan beberapa guru kita mcm Ustaz Mat Nihad, Ustazah Rubiah, Cikgu Pa, Cikgu Fatimah Zainiyyah, Ustazah Siti Hawa, etc..yg berpindah pun ada kan mcm Cikgu Geografi tu sape ek nama dia..tak ingat pulak..

Apa kata Reunion kali ke-3 kita wat kat dewan ni..buat ala2 majlis tari menari bwak pasangan suami/ isteri masing..meriah kita joget lambak lantas dihalau oleh Mudir baru..haha..melawak je lah..Tapi korang rasa apa yg sesuai ek acara kita wat kat dewan ni????Sila bagi komen ye..TQ.

Wajah-wajah SMAI 4: Papan Peringatan

Monday, March 16, 2009 / Posted by alumni al-ihsan / comments (0)







Sekilas Info 4: Rahsia Senyuman

Tuesday, March 10, 2009 / Posted by alumni al-ihsan / comments (0)


1. Senyum dan ketawa adalah senaman berbentuk jogging dalaman yg sangat berguna.
2. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira.
3. Senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Apabila darah yg 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian otak yang mengawal suhu badan dan emosi),ia menghasilkan kesan gembira.
4. Apabila kita tersenyum, hanya 17 otot muka digunakan berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dlm tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit.



6. Kanak2 lebih banyak ketawa berbanding orang dewasa. Kanak2 seusia 4-6 tahun ketawa 400 kali sehari berbanding 15 kali sehari oleh org dewasa.

7. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dlm badan akan bertambah selaras dgn pertambahan Gamma-interferon, sel T dan sel B.

8. Senyuman yg diakhiri dgn ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis, dan ulser.

SUMBER: SINAR HARIAN

OLEH ITU KAWAN2..SENYUMLAH KITA SELALU..SENYUM SOKMO..SELAMAT BERAMAL..

Related Posts with Thumbnails