Kenduri Arif-Aishah (22 Nov)
Kenduri Hartini (6 Dis)
Kenduri Shaza Anisah (3 Ungu 2001)-12 Dec
* Credit gambar2 untuk Mat Wal, Husna dan Hanan*
sebelum kita ke Chini meraikan walimah Aminah Syuhadah, seorang lagi kawan kita Hartini kelas 5 Al-Khawarizmi terlebih dahulu akan mendirikan rumah tangga..butirannya seperti berikut:
TARIKH: 6 DISEMBER 2009 (AHAD)
ALAMAT: NO: 6, LORONG 116, PERKAMPUNGAN SUNGAI ISAP 2, KUANTAN.
jemputlah semua ye warga Ihsan semua datang meraikan walimah Hartini...
Bulan disember yang akan menjelang tiba akan diserikan dengan satu lagi undangan kenduri sahabat Ihsan...kali ini giliran Aminah Syuhadah menjadi ratu sehari...
ALAMAT: N0. 503 BLOCK 22, FELDA CHINI 4, 26690, CHINI, PAHANG DARUL MAKMUR.
TARIKH: 19 DISEMBER 2009 (SABTU)
MASA: 11 PAGI - 5 PETANG
Jemputlah semua bekas pelajar Ihsan batch 2003 untuk bersama-sama meraikan kenduri tersebut...Konvoi lagi la kita ye....
satu lagi pasangan Ihsan akan mendirikan rumah tangga...butirannya seperti berikut:
WALIMAH NUR ARIF CHE MAT & SITI AISHAH RUSHDAN
TARIKH: AHAD 22 NOVEMBER 2009
MASA: 12.00 PM - 4.00 PM
ALAMAT: LOT 4428, KG. PAYA SIPUT, 28500 LANCHANG, PAHANG DARUL MAKMUR.
bersama-samalah kita memeriahkan kenduri kawan kita ni..Jumpa di sana...Jom konvoi lagi...
Sabtu 26 September 2009, kami berkonvoi 7 buah kereta dari Kuantan ke Lepar Hilir 3 untuk meraikan perkahwinan sahabat kita Siti Hamiah Zakariah dan pasangannya Wan Shahrul Nahar...sampai di rumah pengantin, kelihatan konvoi Temerloh yang agak ramai, jadi kami bergabung dengan mereka menjamu hidangan...semasa mahu bergerak ke Beserah, terserempak dengan Fatin, Rokiah and the geng baru sampai..berselisih pula kita..
Jam 2 petang, kami tiba di rumah Hanani di Beserah...wah, sudah ramai kawan2 yang tiba..meriah sungguh bertemu muka...maka kenduri sudah bertukar menjadi Reunion...seronok jugak sebab datang serentak...mana2 yang datang n balik lebih awal rugi sket r...setelah berfoto dengan pengantin kami pon beransur pulang..
dari meja pengarang..SELAMAT PENGANTIN BARU HAMIAH, AZLAN & HANANI...
* Gambar Hamiah, kredit untuk Husna dan Azmin di Facebook masing2..
Alkisah ceritera jalan2 pergi beraya kita..maka dgn anggota yg xseberapa sempat jua kami singgah menziarahi beberapa guru lama kita di Ihsan..maka syahdu syahdan kami dapatlah singgah di 4 buah rumah cikgu...
1. USTAZAH SITI HAWA
seawal pagi kami bertolak ke rumah ustazah yg lama tidak bersua...sayugia diingatkan, ini kali pertama kami menziarahi beliau..bertempat di Indera Mahkota 5 kami berpusing2 dua kali mencari "Manzilur rahmah"..maka akhirnya bersua jua..kami suka nian berjumpa ustazah..macam2 cerita kami sampaikan, kami kongsikan..bertanya khabar ustazah jua, sihat alhamdulillah buat pengetahuan semua..2 jam juga kami di situ menjamu selera padahal masih banyak rumah untuk diziarahi..
2. USTAZ BAHARUDDIN SULAIMAN
apakah boleh kita lupakan seorang pengetua Ihsan yg sudah berjasa sungguh demi melihat kita berjaya jua PMR, SMA, SPM dahulu..kami ziarahi beliau bertempat di rumahnya di Seri Damai..maka seperti biasa masih terkenang2 segala anak murid yg datang...berceritalah kami seadanya bertanya khabar akan ustaz yg sudah bersara..menanam cendawan aktiviti terbarunya..selepas beberapa ketika, maka kami jua dijamu selera...
3. USTAZAH RUBIAH
maka rumah ustazah yg terletak di Lubuk Puyu persinggahan seterusnya..kami sampai hari makin senja, maka tidaklah kami mahu berlama2..sedangkan ustazah sedang berpuasa..ustazah kurang sihat kabarnya..beliau kata biasalah sakit orang tua..jangan lah kita lupa akan jasanya mengajar kita hadis pertama..Bun yal islamul ala khamsin...berdirinya Islam itu di atas 5 perkara..masihkah kalian ingat??
4. USTAZAH PESAH
bertempat di Permatang Badak kami gigih menziarahi walaupun malam makin larut pekatnya..bercerita sakanlah kami seperti biasa..ustzah masih di Ihsan mengajar PSI..kami tidaklah berlama2 di sana kerana malam berlalu serasa begitu cepat...
inilah sahaja nukilan konvoi raya 2009..harapannya kita dapat beraya lebih banyak rumah cikgu2 di masa akan datang..tataplah gambar2 ini pengubat rindu kepada cikgu2 kita...maka saya mohon berundur diri..atau bahasa sopannya.."beransur dulu ye"...bagi yang tahu makna dialog di atas pastikan tahu lawaknya..haha...sekian..
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI buat semua warga Al-Ihsan tak kira bekas pelajar mahupun guru2...
Moga lebaran nanti membawa seribu kebahagiaan kepada kita semua..Sebulan berpuasa dan beramal soleh, kini masanya untuk meraikan kemenangan..
Teruskan segala amalan di bulan2 mendatang...Moga kita istiqamah menjalani kehidupan sebagai hamba-Nya yg soleh/solehah...
Dari pihak moderator blog alumniihsan, maaf dipohon andai ada kesilapan mahupun tulisan yang boleh menyinggung sesiapa...
Jangan lupa kita ramai2 memeriahkan kenduri kawan2 kita pada raya ke-7..jumpa di sana ya..boleh jadi Mini Reunion sebelum kita berkumpul kembali pada tahun 2013..
Memang la skrg ni musim kahwen la...baru je dapat info terkini, seorang lagi kawan kita bakal melangsungkan perkahwinan bulan september nanti...yang best hari yg sama pulak tuh dgn kenduri Azlan-Hanani..so, kena pandai la bajet nak pi 2 kenduri ni...
Yang dimaksudkan ialah Siti Hamiyah dari kelas 5 Ibnu Khaldun...berikut butiran kenduri dia:
KENDURI SITI HAMIYAH
TARIKH: 26 SEPTEMBER 2009
ALAMAT: NO. 2, JALAN BESAR, FELDA LEPAR HILIR 3, 26300, GAMBANG, PAHANG
Semua dijemput hadir tau...Selamat pengantin baru Hamiyah dari alumniihsan...
Warga Ihsan semua..kawan kita Azlan-Hanani akan melangsungkan walimah mereka lepas raya nanti...berikut butiran kenduri mereka:
RUMAH HANANI (26/9/2009)
13/209 kg. Jeram, Beserah,
26100 Kuantan
RUMAH AZLAN (27/9/2009)
51-032 jln Keranji 2, Desa
Keranji, 26700 Muadzam Shah
Maka anda semua dijemput hadir memeriahkan majlis mereka...datanglah
yang mana korang free okay...
Sila contact mereka berdua dan bagi alamat anda jika anda perlukan kad jemputan utk mengetahui lokasi rumah mereka...
Diharapkan bersama2lah kita memeriahkan majlis Azlan-Hanani ini dan jadikan ia medan bertemu di bulan Syawal...ok...see u there....
P/s: Sila rujuk Group SMAI 99-03 di Friendster untuk jemputan rasmi mereka...
Ramadhan menjelma, kabar dari surau Ihsan
Selamat berpuasa buat semua warga Ihsan di mana jua anda berada..yang berada di Mesir sihatkah???sama ke korang puasa start sabtu??
Buat pengetahun semua..mulai Jumaat 4 September 2009, surau Ihsan akan ada solat Jumaat..mungkin nak menampung jemaah kg Selamat yg masih menunggu pembinaan masjid baru yg sedang rancak dijalankan....
Surau yg mungkin nostalgia bagi kita semua, kini akan dikongsi dgn masyarakat luar..ada khutbah buat pertama kalinya..
Direnjis-renjis 4: Walimah Pedas
Ahad lepas 9 August 2009, seorang lagi kawan kita Firdaus a.k.a Pedas telah selamat melangsungkan walimahnya...Ada beberapa org kawan kita yg telah pergi memeriahkan kenduri dia..berikut 2 gambar yg sempat diambil..kredit utk Amirullah..kalau ada gambar baru akan diupdate kemudian..
wah, meriah skrg ni..bakal ada beberapa org lagi yg bakal melangsungkan pernikahan..yg penting kalau nak hebah kat sini pon boley...just guna chat box kat sebelah..
Bersua kembali ye..setelah sepurnama menghilang kini ada juga update baru..jgn risau takdenyer blog ni nak ditutup terus..bagi yg tak sempat pergi ke walimah Siti Mariam Mazlan ari tuh, ni enjoy gambar2 majlis ek..bagi yg nak kawen dlm masa terdekat, sila email la details..kita pukul canang kat sini..
KORANG BILA LAGI???????
KREDIT GAMBAR: PENGANTIN LA, SITI MARIAM..MORE PIX @ HER FS PAGE...TQ..
- Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan roh orang2 yg beriman..
- Al-Fatihah buat Ustaz Ahmad Nihad yg telah menghembuskan nafas terakhir semalam (22 Mei 2009) pukul 5 petang..
- Buat bekas anak murid beliau yg belajar di Ihsan pada tahun 1999, beliau merupakan guru subjek Hafazan untuk Tingkatan 1 sebelum bersara pada tahun tersebut..
1. Manusia mempunyai 600 otot tetapi ulat bulu ada lebih 4000 otot. Believe it?
2. Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud YA manakala mengangguk kepala bermaksud TIDAK.
3. Landak dilahirkan bogel dan duri di atasnya terdapat di bawah kulit dan akan bertunas dlm masa 36 jam.
Wajah-wajah SMAI 5: Carta Organisasi & Bilik Guru
Lama tak update blog ni kan..masing2 sibuk dgn exam..Kali ni kita pi jelajah bilik guru..ni bilik guru lelaki di mana ada semua meja ustaz n cikgu lelaki ...mesti korang ada kenangan kat sini kan..mungkin kena rotan ngan Cikgu Amidi?haha..kalau sudi sila kongsi di ruangan komen..
Carta organisasi sekolah..macam gambar tak update pon.baynyak yg kosong..masa zaman kita takde rasanya carta ni..
Inilah Dewan B yg penuh bersejarah..kat sini la mcm2 aktiviti penting berlaku..Periksa PMR, SMA, & SPM..semua dgn perasaan penuh debaran menjawab soalan dgn tekun di sini..di sebelah dewan ni dulu ada asrama laki bilik Ibnu Sina kalau tak silap..n ada pejabat lama dan dewan mesyuarat..merasala kalau korang jadi pengawas mesyuarat dlm tuh..
Cantik kan lantai dah pasang tile..tak mcm kita dulu..oh ye..sapa2 yg pernah naik pentas ambek hadiah mesti ingat kan perasaan bangga korang bila dipanggil naik..dub dab gitu..lagi satu dewan ni jugak saksi salam perpisahan atas persaraan beberapa guru kita mcm Ustaz Mat Nihad, Ustazah Rubiah, Cikgu Pa, Cikgu Fatimah Zainiyyah, Ustazah Siti Hawa, etc..yg berpindah pun ada kan mcm Cikgu Geografi tu sape ek nama dia..tak ingat pulak..
Apa kata Reunion kali ke-3 kita wat kat dewan ni..buat ala2 majlis tari menari bwak pasangan suami/ isteri masing..meriah kita joget lambak lantas dihalau oleh Mudir baru..haha..melawak je lah..Tapi korang rasa apa yg sesuai ek acara kita wat kat dewan ni????Sila bagi komen ye..TQ.
Wajah-wajah SMAI 4: Papan Peringatan
6. Kanak2 lebih banyak ketawa berbanding orang dewasa. Kanak2 seusia 4-6 tahun ketawa 400 kali sehari berbanding 15 kali sehari oleh org dewasa.
7. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dlm badan akan bertambah selaras dgn pertambahan Gamma-interferon, sel T dan sel B.
8. Senyuman yg diakhiri dgn ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis, dan ulser.
SUMBER: SINAR HARIAN
OLEH ITU KAWAN2..SENYUMLAH KITA SELALU..SENYUM SOKMO..SELAMAT BERAMAL..