Raya bersama guru2 Ihsan

Saturday, September 26, 2009 / Posted by alumni al-ihsan /

Alkisah ceritera jalan2 pergi beraya kita..maka dgn anggota yg xseberapa sempat jua kami singgah menziarahi beberapa guru lama kita di Ihsan..maka syahdu syahdan kami dapatlah singgah di 4 buah rumah cikgu...

1. USTAZAH SITI HAWA




seawal pagi kami bertolak ke rumah ustazah yg lama tidak bersua...sayugia diingatkan, ini kali pertama kami menziarahi beliau..bertempat di Indera Mahkota 5 kami berpusing2 dua kali mencari "Manzilur rahmah"..maka akhirnya bersua jua..kami suka nian berjumpa ustazah..macam2 cerita kami sampaikan, kami kongsikan..bertanya khabar ustazah jua, sihat alhamdulillah buat pengetahuan semua..2 jam juga kami di situ menjamu selera padahal masih banyak rumah untuk diziarahi..

2. USTAZ BAHARUDDIN SULAIMAN



apakah boleh kita lupakan seorang pengetua Ihsan yg sudah berjasa sungguh demi melihat kita berjaya jua PMR, SMA, SPM dahulu..kami ziarahi beliau bertempat di rumahnya di Seri Damai..maka seperti biasa masih terkenang2 segala anak murid yg datang...berceritalah kami seadanya bertanya khabar akan ustaz yg sudah bersara..menanam cendawan aktiviti terbarunya..selepas beberapa ketika, maka kami jua dijamu selera...

3. USTAZAH RUBIAH



maka rumah ustazah yg terletak di Lubuk Puyu persinggahan seterusnya..kami sampai hari makin senja, maka tidaklah kami mahu berlama2..sedangkan ustazah sedang berpuasa..ustazah kurang sihat kabarnya..beliau kata biasalah sakit orang tua..jangan lah kita lupa akan jasanya mengajar kita hadis pertama..Bun yal islamul ala khamsin...berdirinya Islam itu di atas 5 perkara..masihkah kalian ingat??

4. USTAZAH PESAH




bertempat di Permatang Badak kami gigih menziarahi walaupun malam makin larut pekatnya..bercerita sakanlah kami seperti biasa..ustzah masih di Ihsan mengajar PSI..kami tidaklah berlama2 di sana kerana malam berlalu serasa begitu cepat...

inilah sahaja nukilan konvoi raya 2009..harapannya kita dapat beraya lebih banyak rumah cikgu2 di masa akan datang..tataplah gambar2 ini pengubat rindu kepada cikgu2 kita...maka saya mohon berundur diri..atau bahasa sopannya.."beransur dulu ye"...bagi yang tahu makna dialog di atas pastikan tahu lawaknya..haha...sekian..

2 comments:

Comment by datomarsani on September 27, 2009 at 12:08 AM

kah kah kah, wei, nak beransur dh kena sound ngn mudir, air tgh dok masak tuh! hehehehe

Comment by alumni al-ihsan on September 27, 2009 at 1:34 AM

kan..mmg aku disembelih hidop2...beransor2..sume slah azrol la bagi sign kat aku kata jom blah..malu aku kena gelak..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails