Wajah-wajah SMAI 2: Makmal Lama

Thursday, February 26, 2009 / Posted by alumni al-ihsan / comments (5)

Tara..kat belakang bangunan makmal lama yg terbiar dulu sekrang dah ada deretan sinki baru berwarna biru..bangunan ni dah diubah suai menjadi tempat rehat..yelah..kan kantin kita kecik..mana muat semua org nak makan kat kantin..

Bahagian depan pun cantik kan..dah tukar cat biru beserta tingkap gelap yg baru..wah..sgt la berubah jadinya..dari makmal usang kini menjadi tempat adik2 kita menjamu sarapan..

Wajah-Wajah SMAI 1: Dewan (updated)

Monday, February 23, 2009 / Posted by alumni al-ihsan / comments (4)

Ni jalan bertar dari jalan utama merentas tapak rumah Cikgu Amidi dulu..jala ni straight ke Dewan baru..

Pandangan hadapan dewan yg sudah siap..Besar jugak kan..

Pandangan tepi..saje je nak tunjuk ngan korang..

Pandangan dari koridor bangunan Sains..sungguh mengujakan ada dewan sebegini besar..

Jeng3..anda mahu tahu warna apa dlm dewan ni..kat main lobby tu pink lagi..meneruskan tradisi cat2 yang striking lagi menerang sukma..yang dalam tuh hijau daun pisang..boleh la..kan hijau baik untuk mata..student nak exam takdelah tension sgt..bravo2..




remember when u laugh =)

Thursday, February 19, 2009 / Posted by alumni al-ihsan / comments (0)


Menonton pelawak beraksi di atas pentas atau di kaca TV kita pon ketawa berdekah-dekah. "KEH KEH KEH KAH KAH"

Mayat yang terbujur kaku dalam rumah, orang2 yang berziarah duduk2 bersembang di luar dan terburailah gelak ketawa mereka bila tersentuh yang lucu dan mencuit hati. "KEH KEH KEH KAH KAH KAH"

Di dalam masjid pon, orang2 boleh ketawa. Bercerita di beranda masjid sambil hisap rokok bersantai2 menunggu waktu antara Maghrib dan Isyak. dan sedang mengadap Quran pun orang boleh gelak lagi. Bilal sedang mengalunkan azan pun org ketawa. Syaitan membisikkan "ketawalah kuat2 dan mengilai2 lagi gamat" "KAH KAH KAH KEH KEH KEH"
Tapi bila kita menangis? Pada detik kita lahir dari perut ibu diiringi dengan tangisan. Kerana apa menangis? Syaitan benci melihat manusia menangis. Syaithan mahu ketawa sepanjang masa. Ha "ah, itu kawanku," kata syaitan. Ya, org bebas ketawa girang gembira. "ketawa tu nikmat, laugh is the best medicine, omputih kata", kata sorang hamba Allah. "KEH KEH KEH"
Tak pernah ke kita nak menghayati sabda Rasulullah, idola manusia sepanjang zaman? sabda baginda yang bermaksud: "Diharamkan api neraka untuk membakar mata yang pernah menangis kerana merasa hebat kepada Allah. Diharamkan api neraka membakar mata yang pernah berjaga-jaga dalam perang sabil, dan diharamkan api neraka untuk membakar mata yang pernah dipejamkan dari hal2 yang diharamkan oleh Allah..".

Sabda Baginda lagi : "Banyak ketawa itu mematikan hati dan melalaikan daripada mengingati akhirat dan mempusakai marah dalam hati"."tertawa di dalam masjid itu menenggelamkan di dalam kubur dan mematikan hati dan melalaikan daripada menyebut nama Tuhan".

Daripaa Hassan Basri, tertawa itu ada 2 bahagian. satu bahagian, tertawa yang disukai Allah iaitu diberi pahala untuk org yang tertawa. Tertawa sayang yang disukai Allah ialah senyum seorang di hadapan saudaranya bertujuan untuk menyukakan hatinya. Dan tawa yang dimurkai Allah ialah tertawa kerana perkataan atau percakapan orang lain.

Kalau sahabat semua nak tau, Syaitan pun suka ketawa. Bila?Daripada Abu Hurairah r.a : Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: "Apabila menguap salah seorang kamu dalam sembahyang, maka hendaklah kamu menutup mulutnya sedapat mungkin dan jangan sampai mengatakan 'hah' kerana sesungguhnya yang demikian itu dari syaitan yang ketawa "KEH KEH KEH KAH KAH KAH KAH"

Makluman

Saturday, February 14, 2009 / Posted by alumni al-ihsan / comments (0)

MAKLUMAN

SEGMEN GRADUAN DIBATALKAN!

KERANA GENG 5 TETAP MENGAJUKAN BANTAHAN WALAUPUN MEREKA TEWAS DLM PENGUNDIAN PENDAPAT TEMPOH HARI.

NAMPAKNYA DEMOKRASI YANG MOD AJUKAN HANYA SIA-SIA.

TERIMA KASIH HAZWAN UNTUK KERJASAMA ANDA. MAY GOD BLESS YOU.

KITA DI SINI BUKAN UNTUK BERCAKARAN SESAMA SENDIRI. MEMALUKAN BAGI ORANG DEWASA SEUSIA KITA BERBALAH KERANA SATU SEGMEN.

SEGMEN GRADUAN AKAN DIGANTIKAN DENGAN SEGMEN BARU: WAJAH-WAJAH SMAI.

Al-Fatihah

Saturday, February 14, 2009 / Posted by alumni al-ihsan / comments (0)




Yang hidup pasti kembali di sisi-Nya..

Takziah untuk sahabat kita Aizad Yahya yang baru sahaja kehilangan ayahanda tercinta 10.45 malam 13 Februari 2009 di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan. Semoga roh allahyarham ditempatkan bersama roh orang2 yang beriman.

Al- Fatihah..

Bersedialah

Wednesday, February 11, 2009 / Posted by alumni al-ihsan / comments (0)

3 hari lagi..

Segmen Graduan akan dirasmikan..

Bersedialah utk sesuatu yang baru..

Ketahui di mana rakan2 anda berada kini..

Kongsi saat2 manis mereka bergelar graduan..

Hanya di sini..Alumniihsan.blogspot.

P/S: Sesiapa yg mahu menjadi penulis tamu di blog ini dan merasakan anda berbakat lagi banyak idea nak memeriahkan blog ini, jgn segan2 yek..hantar email kpd putrahendy@yahoo.com dan anda akan diberi peluang menjadi moderator..Tapi awas, identiti anda harus diketahui umum kerana Moderator blog ini mesti mempunyai rasa tanggungjawab yg tinggi atas setiap penulisan mereka..Bukan baling batu sorok tangan..okay jelas kan semua..

Dewan SMAI

Saturday, February 07, 2009 / Posted by alumni al-ihsan / comments (1)




Ni lah gambar dewan SMAI yg dah nak siap kut dari gayanya di bekas tapak padang sekolah..Besar gak kan..senang lah nak muatkan calon2 PMR, SMA, SPM kan..taktaulah kalau dewan ni bukan utk dewan peperiksaan..Bagus lah kan..kena la ada perubahan kat Ihsan..nak kata merosot akademik tak jugak..Makin tahun makin cemerlang..Kemudahan mesti ditambah..lepas nih boleh la roboh PIBG lama, bangunan makmal lama tuh utk buat Kantin n Library lagi besar..Baru tak malu nak anjurkan Masisupa Zon..cube tgk Maahad Jengka kan..complete..Kawan2, mana yg nak rasa dewan baru, datang lah melawat sekolah ek..


Doa Cari Jodoh

Sunday, February 01, 2009 / Posted by alumni al-ihsan / comments (0)

seronok kan tengok kawan2 kita dah kahwin..so, korang bila lagi? hehe..so..buat kawan2 yang masih single dan belum berjodoh..di bawah adalah doa yang korang boleh praktikkan (optional) hehe..

"Ya Allah,
kalau dia memang jodohku,

jodohkanlah...
Tapi kalau bukan jodohku,
Jodohkanlah jugak...
Jika dia tidak berjodoh denganku,
maka jadikanlah kami jodoh...
Kalau dia bukan jodohku,
jangan sampai dia dapat jodoh yang lain, selain aku...
Kalau dia tidak bisa di jodohkan denganku,
jangan sampai dia dapat jodoh yang lain,
biarkan dia tidak berjodoh sama seperti
diriku...
Dan saat dia telah tidak memiliki jodoh,
jodohkanlah kami kembali...
Kalau dia jodoh orang lain,
putuskanlah!
Jodohkanlah dengan ku....
Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain,
biar orang itu ketemu jodoh dengan yang lain dulu dan
kemudian jodohkan kembali dia dengan ku ...
Amin..

selamat mencuba dan semoga berjaya! =D

Direnjis-renjis 2: Zahirah

Sunday, February 01, 2009 / Posted by alumni al-ihsan / comments (0)







>>>>CREDIT GAMBAR2: MUHAIMIN<<<<
SORRY, NI TAHUN LEPAS RASANYA..
MASA NIH BLOG ALUMNIIHSAN PUN BELUM WUJUD..
SO..SELAMAT BERBAHAGIA ZAHIRAH..
MODERATOR ALUMNIIHSAN



Direnjis-renjis 1: Khalilah (updated)

Sunday, February 01, 2009 / Posted by alumni al-ihsan / comments (0)




>>>> CREDIT GAMBAR2: FATIN NASREEN<<<<


Related Posts with Thumbnails