remember when u laugh =)

Thursday, February 19, 2009 / Posted by alumni al-ihsan /


Menonton pelawak beraksi di atas pentas atau di kaca TV kita pon ketawa berdekah-dekah. "KEH KEH KEH KAH KAH"

Mayat yang terbujur kaku dalam rumah, orang2 yang berziarah duduk2 bersembang di luar dan terburailah gelak ketawa mereka bila tersentuh yang lucu dan mencuit hati. "KEH KEH KEH KAH KAH KAH"

Di dalam masjid pon, orang2 boleh ketawa. Bercerita di beranda masjid sambil hisap rokok bersantai2 menunggu waktu antara Maghrib dan Isyak. dan sedang mengadap Quran pun orang boleh gelak lagi. Bilal sedang mengalunkan azan pun org ketawa. Syaitan membisikkan "ketawalah kuat2 dan mengilai2 lagi gamat" "KAH KAH KAH KEH KEH KEH"
Tapi bila kita menangis? Pada detik kita lahir dari perut ibu diiringi dengan tangisan. Kerana apa menangis? Syaitan benci melihat manusia menangis. Syaithan mahu ketawa sepanjang masa. Ha "ah, itu kawanku," kata syaitan. Ya, org bebas ketawa girang gembira. "ketawa tu nikmat, laugh is the best medicine, omputih kata", kata sorang hamba Allah. "KEH KEH KEH"
Tak pernah ke kita nak menghayati sabda Rasulullah, idola manusia sepanjang zaman? sabda baginda yang bermaksud: "Diharamkan api neraka untuk membakar mata yang pernah menangis kerana merasa hebat kepada Allah. Diharamkan api neraka membakar mata yang pernah berjaga-jaga dalam perang sabil, dan diharamkan api neraka untuk membakar mata yang pernah dipejamkan dari hal2 yang diharamkan oleh Allah..".

Sabda Baginda lagi : "Banyak ketawa itu mematikan hati dan melalaikan daripada mengingati akhirat dan mempusakai marah dalam hati"."tertawa di dalam masjid itu menenggelamkan di dalam kubur dan mematikan hati dan melalaikan daripada menyebut nama Tuhan".

Daripaa Hassan Basri, tertawa itu ada 2 bahagian. satu bahagian, tertawa yang disukai Allah iaitu diberi pahala untuk org yang tertawa. Tertawa sayang yang disukai Allah ialah senyum seorang di hadapan saudaranya bertujuan untuk menyukakan hatinya. Dan tawa yang dimurkai Allah ialah tertawa kerana perkataan atau percakapan orang lain.

Kalau sahabat semua nak tau, Syaitan pun suka ketawa. Bila?Daripada Abu Hurairah r.a : Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: "Apabila menguap salah seorang kamu dalam sembahyang, maka hendaklah kamu menutup mulutnya sedapat mungkin dan jangan sampai mengatakan 'hah' kerana sesungguhnya yang demikian itu dari syaitan yang ketawa "KEH KEH KEH KAH KAH KAH KAH"

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails